Cari:
China dan Negara Terlibat "B&R" Tandatangani Lebih 130 Perjanjian
2017-05-08 15:09:10 CRI Cetak

Menurut maklumat Kementerian Pengangkutan China, China dan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah menandatangani lebih 130 perjanjian dua hala atau serantau dalam bidang pengangkutan yang merangkumi pembinaan landasan kereta api, lebuh raya, pengangkutan maritim, pengangkutan udara dan pos, termasuk Perjanjian Kemudahan Pengangkutan Laluan Antarabangsa antara Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan Perjanjian Pengangkutan Maritim China-ASEAN sejak inisiatif B&R dikemukakan lebih tiga tahun yang lalu.

Menurut statistik berkenaan, antara China dengan negara-negara terlibat telah membuka kira-kira 356 laluan untuk membawa penumpang dan kargo, perkhidmatan pengangkutan maritim yang merangkumi semua negara yang terlibat dalam B&R dan penerbangan terus antara China dengan 43 negara terlibat B&R juga telah diwujudkan, dengan kira-kira 4,200 penerbangan setiap minggu.

Selain itu, proses pengangkutan kereta api rentas sempadan turut dipermudah agar pengangkutan kereta api antara China dengan Eropah terus mendapat sambutan, sekali gus mendorong kerjasama pos kereta api antarabangsa.

Selain itu, pada bulan Oktober tahun 2013 hingga Jun tahun 2016, syarikat China telah melancarkan 38 projek infrastruktur yang merangkumi 26 buah negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China