Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Korea Selatan mengadakan sidang pleno pada pukul 8.00 pagi (pukul 7.00 waktu Malaysia) hari ini untuk mengesahkan terpilihnya Moon Jae-in dari Parti Minjoo sebagai presiden baharu Korea Selatan, yang turut diberi mandat memulakan tempoh perkhidmatannya selaku presiden.
Moon Jae-in memenangi 41.08 peratus undi, mendahului 17.05 peratus berbanding pencabar nombor duanya, Hong Joon-pyo, calon dari Parti Kebebasan Korea.
Moon Jae-in akan mengangkat sumpah jawatannya di Dewan Negara pada tengah hari ini.
Beliau akan mengunjungi Cheong Wa Dae selepas upacara mengangkat sumpah tersebut.
Senarai calon perdana menteri dan beberapa anggota kabinet yang lain akan diumumkan pada petang atau malam ini.