Dalam perutusan tahniah tersebut, Xi Jinping berkata, hubungan antara China dengan Korea Selatan yang dilihat sebagai jiran tetangga yang baik, telah diintensifkan sejak terjalinnya hubungan diplomatik 25 tahun yang lalu.
Kerjasama dan pertukaran dua hala dalam pelbagai bidang telah pun membuahkan hasil.
Tegas Xi lagi, beliau amat mementingkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.
China bersedia untuk bekerjasama dengan Korea Selatan bagi meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, memperkasakan koordinasi dan kerjasama, sekali gus mendorong hubungan dua hala berkembang ke arah yang lebih sihat dan stabil.