Cari:
Trump Undang Moon Jae-in Lawat AS
2017-05-11 14:58:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhasrat untuk mengundang Presiden baharu Korea Selatan, Moon Jae-in ke AS dalam masa terdekat.

Trump telah menyatakan hasrat tersebut ketika menghubungi Moon Jae-in melalui telefon pada 10 Mei lalu.

Rumah Putih dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari itu berkata, Trump mengucapkan tahniah kepada Moon Jae-in kerana berjaya dipilih sebagai Presiden Korea Selatan yang baharu.

Kedua-dua pihak sebulat suara bersetuju untuk meningkatkan perikatan dan mengeratkan persahabatan antara AS dengan Korea Selatan.

Menurut kenyataan, Moon Jae-in juga telah menerima undangan Trump untuk melawat ke AS.

Moon Jae-in, ketika berucap pada majlis mengangkat sumpah jawatan berkata, beliau bersedia untuk mengunjungi AS pada bila-bila masa demi keamanan Semenanjung Korea, di samping mengadakan lawatan ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) jika mempunyai kesempatan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China