Cari:
Lebih 1,500 Tetamu Hadiri Forum Kerjasama Antarabangsa B&R
2017-05-11 14:45:29 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat tinggi yang merupakan satu daripada tiga komponen utama Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) telah menarik lebih 1,500 tetamu dari dalam dan luar negara, antaranya termasuk lebih 850 tetamu daripada lebih 70 pertubuhan antarabangsa dari lebih 130 negara.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China (NDRC), Wang Xiaotao dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada 14 Mei itu, para hadirin akan bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai isu dalam lapan bidang, iaitu infrastruktur, pelaburan industri, kerjasama ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, kerjasama kewangan, pertukaran sosiobudaya, ekologi dan kerjasama maritim, di samping membincangkan hala tuju kerjasama, mengemukakan kaedah pelaksanaan, mencapai persepakatan dan menggalakkan pelaksanaan hasil yang telah dipersetujui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China