Dalam tempoh Forum Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) yang bakal diadakan pada 14 hingga 15 Mei ini, China dan 20 buah negara yang terlibat dalam B&R akan mengadakan perbincangan untuk menggalakkan pembinaan zon perdagangan bebas.
Kenyataan tersebut diumumkan oleh Naib Menteri Perdagangan China, Qian Keming semalam.
Dalam sidang media semalam, Qian Keming berkata, setakat ini, China telah menandatangani dan melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan 22 buah negara dan kawasan, termasuk 11 buah negara yang terlibat dalam B&R.
FTA berkenaan merangkumi Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN, China-Pakistan dan China-Singapura.
Menurut Qian Keming, dalam tempoh forum nanti, China dan Georgia akan menandatangani perjanjian perdagangan bebas secara rasmi, selain melaksanakan penyelidikan bersama dengan Mongolia mengenai FTA.