Cari:
Malaysia Bakal Raih Manfaat Inisiatif 'B&R'
2017-05-12 16:31:01 CRI Cetak

(Oleh Azman Anuar, Mingguan Malaysia)

China memperluaskan hubungan dengan negara lain melalui inisiatif 'Jalur dan Laluan' (B&R). Dasar ini lanjutan inisiatif 'Satu Jalur, Satu Laluan' yang mempunyai dua komponen penting iaitu Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan Laluan Sutera Darat bagi memajukan lagi sektor ekonomi di rantau Eropah dan Asia.

Untuk itu, Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang bertujuan mengumpul, merancang pelan induk, membincangkan pelbagai isu dan bersatu padu menangani cabaran, tidak mungkin disia-siakan oleh Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar China Geng Shuang baru-baru ini berkata melalui pelaksanaan inisiatif B&R, segala cabaran pembangunan dunia diharap dapat diatasi, di samping membantu pelbagai negara, terutamanya negara membangun di Asia dan Eropah menyelesaikan masalah pembangunan menerusi peningkatan kerjasama antarabangsa dan gabungan sumber pelbagai negara.

Malaysia meraih banyak manfaat daripada dasar-dasar baharu China yang mahu memakmurkan ekonomi negara sahabatnya, dan oleh itu Malaysia tidak boleh terlepas daripada menyertainya.

Malaysia merupakan rakan dagang keenam terbesar bagi China selepas Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Australia. Manakala China pula merupakan sumber pelaburan asing kedua terbesar bagi Malaysia.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini hubungan bilateral kedua-dua negara berkembang pesat, dan pertukaran lawatan peringkat tinggi kerap kali diadakan.

Kemajuan membanggakan dapat dilihat dalam usaha membina kepercayaan politik, kerjasama perdagangan, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama keselamatan dan pertahanan.

Dalam huhungan perdagangan, hal ini diyakin dengan kenyataan Konsul Perdagangan Malaysia di China Razida Hanim Razak ketika berucap dalam Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN di Tuole, Guizhou, China pada November tahun lalu.

Beliau berkata, kerjasama dan penglibatan yang aktif kedua-dua pihak dalam sektor perdagangan telah membuka laluan kepada pelabur Malaysia untuk menembusi pasaran China. Syarikat-syarikat korporat Malaysia seperti Petronas, IOI Group, Parkson Group, Genting-Secret Garden, Sime Darby, dan lain-lain telah mula membina nama dan tapak di China.

"Malaysia berkongsi pendapat dengan China bahawa cara terbaik untuk berdepan dengan turun naik ekonomi global adalah dengan memperkukuh ikatan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, di samping mengekalkan pertumbuhan dalam perdagangan dan pelaburan.

"Seiring dengan pelaksanaan inisiatif B&R dan pelbagai perjanjian serantau seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, Malaysia kini telah meraih manfaat daripada penonjolan China di pentas dunia," kata Razida Hanim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China