Cari:
Palestin Harap Tamatkan Konflik dengan Israel
2017-05-12 14:56:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Palestin berharap dapat bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia untuk menamatkan konflik antara negaranya dengan Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Sochi pada 11 Mei lalu.

Abbas berkata, Rusia telah memainkan peranan utama dalam penyelesaian isu-isu di rantau Asia Tengah.

Palestine telah membuat persiapan untuk menjalinkan kerjasama dengan AS bagi menggalakkan perjanjian damai dapat dicapai antara negaranya dengan Israel, sekali gus menamatkan konfrontasi antara kedua-dua negara.

Putin berkata, Rusia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), AS, Kesatuan Eropah (EU) untuk terus membantu dialog langsung antara Palestin dengan Israel pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China