Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Inklusif Fokus Utama Mesyuarat G7
2017-05-12 15:58:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pertumbuhan Ekonomi Inklusif dijadikan topik utama dalam Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Kumpulan Tujuh Negara (G7) yang telah diadakan di Bari, selatan Itali pada 11 Mei lalu.

Itali, negara pengerusi bergilir G7 tahun ini, menegaskan bahawa mesyuarat kali ini turut memfokuskan isu-isu berhubung dengan peraturan pembayaran cukai antarabangsa, kiriman wang dan keselamatan siber, penubuhan tabung antikeganasan serta koordinasi antara institusi kewangan antarabangsa.

Selain menteri-menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank G7, mesyuarat kali ini turut diserikan dengan kehadiran Mario Draghi, Gabenor Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lain-lain.

Sidang Kemuncak G7 dijadualkan diadakan di Sicily, Itali pada 26 hingga 27 Mei ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China