Cari:
China Galakkan Kerjasama Inovasi dengan Negara Terlibat B&R
2017-05-12 13:09:04 CRI Cetak

Kementerian Sains dan Teknologi China memaklumkan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama yang berasaskan inovasi dan sains dan teknologi antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam Jalur dan Laluan (B&R) telah membuahkan hasil, manakala jaringan koordinasi pemindahan teknologi serantau telah dibentuk pada peringkat awal.

Kementerian itu akan terus menggalakkan kerjasama dalam bidang tersebut, sekali gus membina platform kerjasama inovasi dan sains dan teknologi yang stabil dalam jangka masa panjang.

Ketua Bahagian Kerjasama Antarabangsa Kementerian Sains dan Teknologi China, Ye Dongbai dalam sidang media kelmarin memaklumkan bahawa sejak inisiatif B&R dikemukakan tiga tahun yang lalu, pihaknya telah memberikan sokongan padu kepada pembinaan pusat pemindahan teknologi China-ASEAN di Guangxi, China-Asia Selatan di Yunnan, China-Negara Arab di Ningxia, China-Asia Tengah di Xinjiang dan China-Eropah Tengah dan Eropah Timur di Jiangsu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China