Cari:
Letak Harapan pada Rundingan Damai Isu Syria Pusingan Baharu
2017-05-12 13:22:26 CRI Cetak

Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura berkata di Geneva semalam bahawa berdasarkan hasil rundingan damai di Astana, semua pihak perlu merebut kesempatan dalam rundingan damai isu Syria pusingan baharu yang akan diadakan di Geneva pada 16 Mei ini, dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai persepakatan bagi menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran politik.

Pada awal bulan Mei ini, Rusia, Turki dan Iran telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Astana berhubung pembinaan "zon-zon mereda" (de-escalation zones).

Menurut Mistura, pembinaan "zon-zon mereda" itu sekurang-kurangnya akan membantu 2.6 juta penduduk Syria.

Selain itu, beliau turut menegaskan peri pentingnya proses politik bagi melaksanakan gencatan senjata atau meredakan konflik.

Tambah Mistura, rundingan pusingan baharu dijangka berakhir pada 19 Mei nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China