Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) bakal dirasmikan di Beijing esok. Pemimpin dan pegawai kanan negara-negara asing berturut-turut tiba di Beijing baru-baru ini. Presiden China, Xi Jinping semalam telah secara berasingan ditemui pemimpin pelbagai negara asing termasuk Mongolia, Poland, Ethiopia dan Czech yang memilih menghadiri forum kali ini. Menurut Xi, B&R bukan "nyanyian solo" China, tetapi "orkestra" masyarakat antarabangsa. Beliau berharap agar negara-negara tersebut menyertai pembinaan B&R yang dilihat dapat membantu menjayakan inisiatif tersebut.