Menurut Presiden China Xi Jinping, jika dilihat dari sudut sejarah, manusia sedang mengalami arus pembangunan dan perubahan yang ketara.
Dari sudut realiti pula, kita berada di dunia yang di dalamnya wujud pelbagai cabaran.
Pertumbuhan ekonomi dunia memerlukan penjana baharu, pembangunan memerlukan kesamarataan demi manfaat lebih banyak umat manusia, jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin perlu dikecilkan.
Beberapa rantau di dunia terus bergolak, manakala serangan keganasan semakin berleluasa.
Sejak inisiatif B&R dikemukakan empat tahun yang lalu, inisiatif tersebut telah mendapat sokongan padu dan penyertaan aktif lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.
Pembangunan B&R juga tercatat dalam beberapa resolusi penting Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB.
Inisiatif B&R yang direalisasikan sedikit demi sedikit pasti mewujudkan keazaman bersama dan hasil pembangunan yang sangat hebat.