Cari:
Presiden Xi: Inisiatif B&R Gabungkan Strategi Pembangunan dan Saling Melengkapi Kelebihan Masing-masing
2017-05-14 10:54:21 CRI Cetak
Presiden Xi menegaskan bahawa inisiatif B&R bukanlah pembinaan semula, sebaliknya bertujuan untuk menggabungkan strategi pembangunan dan saling melengkapi kelebihan masing-masing.

Inisiatif yang dikemukakan oleh China turut diselaraskan dengan strategi pembangunan negara-negara lain seperti Kesatuan Ekonomi Eurasia yang dikemukakan oleh Rusia, rancangan kesalinghubungan ASEAN, "Jalan Cahaya" Kazakhstan, "Koridor Tengah" Turki, "Jalan Pembangunan" Mongolia, "Dua Koridor, Satu Lingkaran" Vietnam, "Pusat Ekonomi Utara England" dan "Laluan Batu Ambar" Poland.

China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 40 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, selain menjalinkan kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 30 buah negara.

Dalam tempoh Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) kali ini, China akan terus menandatangani pelbagai perjanjian kerjasama dan pelan tindakan serta mengemukakan inisiatif kerjasama bagi memastikan kegiatan perdagangan yang dilaksanakan dalam rangka projek B&R bersama-sama dengan lebih 60 buah negara dan pertubuhan antarabangsa berjalan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China