Cari:
Presiden Xi: Pelaburan China di Negara-negara Terbabit dalam B&R Melebihi USD50 Bilion
2017-05-14 11:06:58 CRI Cetak
Presiden Xi Jinping menyatakan bahawa China bergabung tenaga dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk memudahkan prosedur perdagangan dan pelaburan serta membaiki persekitaran perniagaan.

Masa untuk urusan prosedur pelepasan kastam bagi produk pertanian dari negara Asia Tengah seperti Kazakhstan ke pasaran China telah berkurangan 90 peratus.

Jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam B&R telah melebihi USD3 trilion (RM13.04 trilion) dalam tempoh tahun 2014 hingga 2016. Manakala, pelaburan China di negara-negara yang terlibat dalam B&R telah melebihi USD50 bilion (RM217.33 bilion).

Selain itu, syarikat China sudah membina 56 zon kerjasama ekonomi dan perdagangan di lebih 20 buah negara yang menjana pendapatan cukai hampir USD1.1 bilion (RM4.78 bilion) dan menyediakan sebanyak 180 ribu peluang pekerjaan.

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah menyediakan pinjaman sebanyak USD1.7 bilion (RM7.39 bilion) kepada negara-negara yang terlibat dalam inisiatif B&R bagi membiayai 19 projek.

Manakala, Tabung Laluan Sutera pula membuat pelaburan sebanyak USD4 bilion (RM17.39 bilion). Syarikat pemegangan kewangan (FHC) "16+1" antara China dengan negara Eropah Tengah dan Eropah Timur telah ditubuhkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China