Kawasan di sepanjang Jalan Sutera pernah digelar sebagai "tempat mengalirnya madu dan susu". Walau bagaimanapun, laluan tersebut kini dipenuhi konflik dan cabaran.
Presiden Xi berharap Jalan Sutera akan menjadi jalan yang damai, membentuk hubungan antarabangsa model baharu yang mengutamakan kerjasama saling menguntungkan serta menjalinkan hubungan rakan yang akrab, bersahabat, tetapi tidak bersekutu.
Jalan Sutera akan dijadikan jalan yang makmur, dengan meneroka potensi pembangunan pelbagai negara, melaksanakan kerjasama perindustrian, menggalakkan pembinaan projek-projek mega, menubuhkan sistem jaminan kewangan yang stabil dan berterusan serta risiko yang terkawal, di samping menyempurnakan rangkaian pembiayaan kewangan.
Usaha akan dilakukan untuk menggalakkan kesalinghubungan darat, laut, udara dan digital dengan memberikan tumpuan kepada pengangkutan, bandar dan projek yang penting, menyambungkan jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan.
Sementara itu, rangkaian sumber tenaga global akan diwujudkan selain menyempurnakan pembinaan jaringan logistik rentas rantau.