Presiden Xi berkata, Jalur dan Laluan (B&R) akan dijadikan satu laluan dan platform kerjasama yang terbuka bagi mengekalkan dan membangunkan ekonomi dunia yang bersifat terbuka, di samping menyertai tadbir urus global, menyediakan produk awam global, bekerjasama untuk membina komuniti yang luas, melindungi sistem perdagangan multilateral, menggalakkan perkembangan zon perdagangan bebas, memudahkan serta meningkatkan kebebasan bagi perdagangan dan pelaburan.
B&R akan dijadikan jalan inovasi. Jalan Sutera Digital Abad ke-21 akan menyediakan peluang kepada para belia seluruh dunia untuk merealisasikan impian mereka.
B&R akan dijadikan jalan budaya melalui penubuhan pelbagai mekanisme kerjasama sosiabudaya, manakala pertukaran antara kerajaan, parti dan kalangan rakyat akan ditingkatkan.
Kerjasama antirasuah antarabangsa pula akan memastikan B&R menjadi jalan yang bersih.