Cari:
Presiden Xi: China Bersedia Tingkatkan Kerjasama Inovasi Dengan Pelbagai Negara
2017-05-14 12:18:53 CRI Cetak
China bersedia untuk meningkatkan kerjasama inovasi dengan pelbagai negara bagi menggerakkan pelan tindakan inovasi sains dan teknologi B&R, melaksanakan interaksi sains dan teknologi, membina makmal bersama, mewujudkan kerjasama taman sains dan teknologi serta pemindahan teknologi.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, negara-negara terbabit akan menghantar 2,500 saintis muda mereka ke China untuk menjalankan penyelidikan sains dalam jangka masa pendek.

Pada waktu yang sama, 5,000 pakar dalam bidang sains dan teknologi serta pentadbiran turut mengambil bahagian dalam pelbagai latihan.

Sebanyak 50 makmal bersama akan beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, untuk jangka masa tiga tahun akan datang pula, China akan menghulurkan sumbangan bernilai RMB60 bilion (RM37.8 bilion) kepada negara membangun lain dan pertubuhan antarabangsa yang terlibat dalam B&R, memberikan bantuan makanan bernilai RMB2 bilion (RM1.26 bilion) kepada negara membangun, menyediakan peruntukan tambahan sebanyak USD1 bilion (RM4.35 bilion) kepada Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan, di samping menjalankan program 100 buah kampung halaman bahagia, 100 bantuan kebajikan kemiskinan dan 100 bantuan perubatan di negara terlibat B&R.

Selain itu, China juga akan memberikan USD1 bilion (RM4.35 bilion) kepada pertubuhan antarabangsa berkenaan bagi melaksanakan pelbagai program kerjasama demi manfaat negara-negara B&R.

China akan mewujudkan mekanisme perhubungan susulan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R (BRF), menubuhkan Pusat Penyelidikan Pembangunan Kewangan B&R dan Pusat Pembinaan B&R serta bekerjasama dengan Bank Pembangunan Multilateral (MDBs) untuk membina Pusat Kerjasama Pembiayaan Multilateral, di samping bekerjasama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membina Pusat Pembinaan Keupayaan dan mewujudkan rangkaian kerjasama pertubuhan kalangan rakyat di sepanjang Laluan Sutera.

Inisiatif B&R akan dilaksanakan melalui permuafakatan bagi memastikan hasil pembangunannya dapat dinikmati bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China