Cari:
Presiden Xi: China Suntik Dana Tambahan RMB100 Bilion Kepada Tabung Laluan Sutera
2017-05-14 12:18:50 CRI Cetak
China akan terus menggalakkan sokongan modal untuk pembinaan B&R, menyuntik dana tambahan sebanyak RMB100 bilion (RM63 bilion) kepada Tabung Laluan Sutera dan menggalakkan institusi kewangan melaksanakan prosedur tabung luar negara RMB yang dijangka berjumlah kira-kira RMB300 bilion (RM189 bilion).

Sementara itu, Bank Pembangunan China (CDB) dan Bank Import Eksport China (EIBC) akan menyediakan pinjaman khas bernilai RMB250 bilion (RM157.51 bilion) dan RMB130 bilion (RM81.9 bilion) bagi menyokong kerjasama pembinaan infrastruktur, kapasiti pengeluaran dan kewangan B&R.

China akan aktif menjalinkan perkongsian ekonomi dan perdagangan yang saling menguntungkan dengan negara-negara yang terlibat dalam B&R.

China akan memeterai perjanjian kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan lebih 30 buah negara, selain berbincang tentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara-negara berkenaan dalam tempoh forum B&R kali ini.

China akan menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa China bermula pada tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China