Namun, China tidak akan mencampuri urusan dalaman sesebuah negara dan tidak akan mengeksport atau memaksa negara lain mengamalkan sistem sosial atau model pembangunan China.
China tidak akan mengulangi tindakan-tindakan lapuk yang telah diambil dalam permainan geopolitik dan tidak akan membentuk satu kumpulan kecil yang menjejaskan kestabilan.
Sebaliknya, China berhasrat untuk membina satu keluarga besar yang harmoni.
China sudah memeterai perjanjian kerjasama pragmatik dalam pelbagai projek dengan banyak negara, antaranya termasuklah projek pengangkutan dan lalu lintas, infrastruktur, sumber tenaga, telekomunikasi, kastam dan pemeriksaan kuarantin serta program kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, perindustrian, e-dagang, maritim dan ekonomi hijau.
China akan menandatangani perjanjian kerjasama Kereta Api China-Eropah dengan negara terbabit bagi mendorong program kerjasama tersebut dapat dimulakan dan hasilnya dapat diraih secepat mungkin.