Sidang Pleno Peringkat Tinggi Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) diadakan di Beijing pagi tadi. Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ketika menyampaikan ucapan mengemukakan lima cadangan tentang pembinaan B&R demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli menyampaikan ucapan pada sidang pleno peringkat tinggi Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R), di Beijing pagi tadi.
Beliau menyatakan bahawa inisiatif B&R menyasarkan koordinasi polisi, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan dan persefahaman dalam kalangan rakyat. Dalam pada itu, tahap kerjasama antara negara-negara terbabit perlu ditingkatkan secara komprehensif demi manfaat semua. Sehubungan dengan itu, beliau mengemukakan lima saranan.
Pertama, terus meningkatkan koordinasi dalam dasar-dasar tertentu bagi memperkukuh asas politik pembinaan B&R. Menurut beliau, pihak-pihak terlibat perlu terus memupuk rasa saling mempercayai dalam politik, mengintensifkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, di samping meningkatkan penggabungan strategi pembangunan, lengkap-melengkapi kelebihan masing-masing, mengambil bahagian dalam inisiatif B&R secara saksama, meneroka jalan pembangunan bersama dan membentuk peta garisan dalam pelbagai bidang kerjasama.
Sistem infrastruktur moden yang mengutamakan jaringan kereta api, lebuh raya, penerbangan, pelayaran, telekomunikasi, tenaga elektrik serta jaringan paip gas dan minyak akan dibina serentak.
Langkah-langkah perlu diambil untuk terus mendorong liberalisasi dan memudahkan urusan perdagangan dan pelaburan, menggalakkan keterbukaan antara pasaran serantau serta membina jaringan perdagangan bebas B&R demi menjana pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia.
Selain itu, pelbagai pihak perlu terus saling mempelajari tamadun-tamadun yang berlainan, meningkatkan persefahaman dalam kalangan rakyat, mewujudkan produk pelancongan yang bercirikan Laluan Sutera, menggalakkan gaya hidup mesra alam, karbon rendah dan kitar semula, sekali gus mewujudkan Laluan Sutera yang hijau.
Selain itu, rakyat China yang melancong ke luar negara pula akan mencatat 700 juta orang.
China mengalu-alukan pelbagai negara di seluruh dunia memanfaatkan peluang besar yang ditawarkan oleh pembangunan China.
Pelaksanaan inisiatif B&R akan dibincangkan bersama-sama, program pembinaan akan diusahakan bersama-sama, maka hasilnya juga akan dinikmati bersama-sama.
Beliau berharap para peserta forum kali ini dapat menyumbang lebih banyak idea dan tenaga bagi mendorong pembinaan B&R dan penubuhan komuniti berkongsi nasib sesama insan.