Cari:
China dan ICPO Tandatangani Surat Hasrat Kerjasama Strategi
2017-05-14 11:03:20 CRI Cetak

Anggota Dewan Negara yang juga Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun sebagai wakil kerajaan China telah menandatangani Surat Hasrat Kerjasama Kerajaan Republik Rakyat China dengan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (ICPO) yang diwakili Presidennya, Meng Hongwei dan Ketua Setiausaha, Juergen Stock di Beijing semalam.

Surat hasrat (LOI) itu menunjukkan bahawa kerajaan China dan ICPO akan menjalankan kerjasama dalam bidang memelihara keselamatan kawasan sempadan dan perdagangan, memerangi pasaran yang haram, jenayah kewangan dan jenayah siber serta memelihara keselamatan infrastruktur yang penting di samping menyediakan peluang bagi memastikan keselamatan dan kestabilan negara anggota ICPO yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif 'Jalan dan Laluan' (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China