Cari:
Ucapan Presiden Xi Dapat Pujian Masyarakat Antarabangsa
2017-05-15 14:28:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama yang bertajuk "bersama mendorong pembinaan Jalur dan Laluan (B&R)" dalam majlis perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R semalam.

Tegas beliau, semangat Jalan Sutera yang mengutamakan kerjasama, keterbukaan, toleransi, saling mempelajari dan saling menguntungkan perlu dikekalkan, di samping mengemukakan saranan agar B&R menjadi jalan yang membawa kedamaian, kemakmuran, keterbukaan, ketamadunan dan inovasi.

Masyarakat antarabangsa amat menyanjung tinggi saranan China dan berharap dapat bersama-sama membangunkan dan mencipta masa depan yang cerah.

Mantan Naib Perdana Menteri yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Thailand-China, Korn Dabbaransi berkata, ucapan Presiden Xi telah memberitahu seluruh dunia bahawa "jalur" ialah jalur kedamaian, manakala "laluan" pula ialah laluan menuju kemakmuran.

Inisiatif B&R adalah untuk mengajak pelbagai negara menyusuri "Jalan" tersebut dan dijalinkan oleh "Jalur" bagi merealisasikan kemakmuran bersama.

Ketua Pengarang Majalah Aurora Borealis Myanmar, Win Tin berkata, "inisiatif B&R selaras dengan trend pembangunan dunia, menghapuskan rintangan dan meningkatkan daya motivasi pelbagai negara yang terlibat.

Ketua Pengarah Pusat Pendidikan ASEAN Kemboja, Mathews bersetuju dengan konsep yang dikemukakan dalam ucaptama Presiden Xi. Beliau berkata, inisiatif B&R telah membuka satu lembaran baharu dalam pembangunan serantau. Kemboja menganggap China sebagai rakan yang penting dalam pembinaan infrastruktur dan perkembangan perindustrian negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China