Cari:
Presiden Xi: China Meterai Perjanjian Kerjasama dengan Pelbagai Pihak
2017-05-15 18:53:48 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping ketika memberikan penerangan tentang hasil Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R)berkata, dalam forum kali ini, China telah memeterai pelbagai perjanjian kerjasama dengan pelbagai pihak.

"Setakat ini, sebanyak 68 negara dan pertubuhan antarabangsa telah menandatangani perjanjian kerjasama B&R dengan China.

Pemimpin dari lebih 30 buah negara dan pegawai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menghadiri mesyarat meja bulat pada hari ini.

Para peserta telah membincangkan tema utama, iaitu "meningkatkan kerjasama antarabangsa, bersama-sama mendorong B&R dan merealisasikan situasi menang-menang".

"Pelbagai pihak telah bertukar-tukar pandangan secara mendalam dan mencapai persepakatan tentang kaedah untuk meningkatkan penyelarasan dasar dan strategi pembangunan, mengintensifkan perkongsian strategik, mendorong kesalinghubungan dan komunikasi sosiobudaya.

Kenyataan bersama telah diluluskan dalam sidang tersebut.

"Masyarakat antarabangsa mengadakan sidang berkaitan B&R adalah untuk membuat kesimpulan kemajuan kerjasama, mencapai konsensus dan menyediakan garis panduan bagi kerjasama antarabangsa pada masa depan." kata Presiden Xi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China