Presiden Xi Jinping berkata, usaha meningkatkan kerjasama antarabangsa, mendorong pembinaan Jalur dan Laluan (B&R) dan menghadapi cabaran ekonomi global adalah selaras dengan kepentingan bersama dan juga merupakan pelan pembangunan jangka masa panjang pelbagai negara.
Oleh itu, kita mesti meletakkan sepenuh keyakinan terhadap prospek pembinaan B&R.
Pada waktu yang sama, pembinaan B&R merupakan projek jangka masa panjang yang memerlukan kesepaduan pelbagai pihak untuk mencapai hasil yang pragmatik.
Pelbagai pihak berharap dapat terus memanfaatkan platform forum B&R tersebut dan menjadikan forum ini sebagai satu mekanisme.
Presiden Xi memaklumkan bahawa China akan mengadakan Forum Kemuncak B&R yang kedua pada tahun 2019.
"Burung helang tidak dapat terbang dengan satu sayap, kuda tidak dapat berlari dengan satu kaki", maka B&R adalah usaha bersama pelbagai negara.
Presiden Xi yakin, berkat usaha bersama, B&R pasti akan menjadi jalan yang membawa kedamaian, kemakmuran, keterbukaan, ketamadunan dan inovasi.