Cari:
Emmanuel Macron Angkat Sumpah Presiden Baharu Perancis
2017-05-15 11:43:17 CRI Cetak

Emmanuel Macron telah menyelesaikan proses penyerahan kuasa dengan mantan Presiden Perancis, François Hollande dan melaksanakan tugas sebagai Presiden Perancis ke-8 secara rasmi semalam.

Ketika berucap dalam majlis angkat sumpah, beliau berkata, usaha mendapatkan semula kepercayaan yang semakin hilang dalam kalangan rakyat adalah misi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Beliau akan berusaha mewujudkan kemakmuran di Perancis, di samping terus menggalakkan pembangunan Kesatuan Eropah.

Menurut kenyataan Jabatan Presiden Perancis, Macron akan mengadakan rundingan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin pada hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China