"Saya mewakili kerajaan China dan peserta-peserta dari pelbagai negara mengucapkan terima kasih kepada para wartawan yang membuat liputan mengenai Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R), di samping menyampaikan suara pelbagai negara dan memaparkan hasil yang dicapai melalui pembinaan B&R kepada seluruh dunia."
"Majlis perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R dan mesyuarat peringkat tinggi telah diadakan di Bejing semalam.
"Pemimpin-pemimpin negara dan wakil-wakil pertubuhan antarabangsa serta pegawai-pegawai kerajaan, komuniti perindustrian dan tokoh akademik turut mengadakan perbincangan bagi memastikan kerjasama antarabangsa B&R membuahkan hasil yang cemerlang." kata Presiden Xi dalam sidang media tersebut.