Cari:
Warisi Semangat Jalan Sutera bagi Wujudkan Situasi Menang-menang
2017-05-15 18:35:19 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping ketika bertemu dengan media dari dalam dan luar negara sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) menyatakan "kita perlu mewarisi semangat Jalan Sutera dan berusaha untuk mewujudkan situasi menang-menang."

"Pembinaan B&R adalah platform untuk memperkasakan pembangunan inklusif. Semua negara adalah peserta, penyumbang dan penerima manfaat.

Dalam pada itu, kita akan terus meningkatkan koordinasi dasar dan perkongsian strategik demi mewujudkan pembangunan bersama.

Kita akan menyelaraskan dasar ekonomi makro dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kewangan, menggalakkan pembaharuan struktur ekonomi dan menyediakan persekitaran yang baik bagi pembangunan dunia.

Selain itu, kita akan memperkukuh perkongsian strategik dan menetapkan saranan bersama bagi menyokong pelaksanaan projek-projek utama.

"Kita akan memelihara dan membangunkan ekonomi dunia secara terbuka, menggalakkan pembinaan kawasan perdagangan bebas, meningkatkan liberalisasi dan memudahkan prosedur perdagangan dan pelaburan.

"Dalam pada itu, kita akan mengutamakan inovasi dan memberikan sokongan padu kepada e-dagang, data besar dan bandar pintar.

"Kita juga akan menyepadukan pembangunan B&R dengan rancangan pembangunan negara-negara, pertubuhan serantau dan antarabangsa yang terlibat demi pembangunan bersama dan saling melengkapi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China