Cari:
Kerjasama Pragmatik B&R Buahkan Hasil Cemerlang
2017-05-15 18:52:24 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping dalam sidang media menyatakan bahawa kita akan memastikan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) menjadi satu platform kerjasama pragmatik yang membuahkan hasil yang cemerlang.

"Sebelum forum kali ini, China telah memeterai beberapa dokumen dan perjanjian kerjasama, yang merangkumi dasar makro dan strategi pembangunan yang melibatkan pelaburan dan perdagangan, pembinaan kemudahan infrastruktur, kesalinghubungan, kerjasama industri dan kewangan, pertukaran sosiobudaya, yang merupakan komponen penting forum tersebut. "

Beliau berkata, China juga telah mengambil beberapa langkah baharu, antaranya termasuklah memperuntukkan RMB100 bilion kepada Tabung Jalan Sutera bagi menggalakkan institusi kewangan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kewangan di luar negara yang dijangka mencecah RMB300 bilion.

Dalam pada itu, Bank Pembangunan Negara dan Bank Import dan Eksport China masing-masing akan memberikan pinjaman sebanyak RMB250 bilion dan RMB130 bilion bagi kerjasama B&R.

Ekspo Import Antarabangsa China bakal diadakan pada tahun 2018.

China telah mencapai lebih 270 hasil yang tentu akan memperkukuh kepercayaan negara-negara yang terlibat dalam B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China