Cari:
BRF Capai Persepakatan Galakkan Pembangunan B&R
2017-05-16 12:57:56 CRI Cetak

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) yang berlangsung selama dua hari telah melabuhkan tirainya semalam.

Ketika bertemu dengan media dari dalam dan luar negara, Presiden Xi Jinping menyatakan bahawa forum kali ini telah mencapai persepakatan, menetapkan sasaran kerjasama antarabangsa pembangunan B&R dan pelan tindakan, menunjukkan isyarat penting dalam usaha menggalakkan kerjasama antarabangsa B&R serta membina komuniti berkongsi masa depan sesama insan.

Dalam dua hari tersebut, lebih 1500 tetamu dari dalam dan luar negara China telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai tema "meningkatkan kerjasama antarabangsa, bersama-sama membina B&R, mewujudkan pembangunan yang saling menguntungkan".

Dalam Sidang Kemuncak Meja Bulat yang diadakan semalam, 30 pemimpin negara dan pertubuhan antarabangsa pula mencapai persepakatan mengenai dua agenda penting, iaitu meningkatkan penyelarasan dasar dan strategi pembangunan, meningkatkan perkongsian serta menggalakkan kerjasama pragmatik dan kesalinghubungan serta pembangunan bersama.

Kenyataan bersama juga berjaya dikeluarkan dalam sidang kemuncak tersebut.

Menuurt Presiden Xi, para peserta komited akan mendorong pembangunan B&R, meneroka pertumbuhan ekonomi baharu, menyediakan platform pembangunan global yang baharu, mendorong keseimbangan semula globalisasi ekonomi dan terus maju menuju sasaran bagi merealisasikan pembinaan komuniti berkongsi masa depan sesama insan.

Presiden Xi mengumumkan bahawa Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kali ke-2 akan diadakan di China pada tahun 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China