Cari:
China Sediakan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Syria
2017-05-16 14:25:02 CRI Cetak

Duta Besar China ke Syria, Qi Qianjin dan Ketua Jabatan Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Syria, Imad Sabuni semalam telah menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi dan teknologi tanpa syarat serta bantuan kecemasan yang berupa bahan makanan.

Qi Qianjin dalam ucapan berkata, dua dokumen kerjasama bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan hasil Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) yang jelas memperlihatkan kerjasama dan persahabatan China-Syria.

Beliau juga menyatakan bahawa China dan Syria mempunyai prospek kerjasama yang cerah dalam bidang pembinaan semula di Syria, ekonomi dan perdagangan serta pertukaran kebudayaan.

Imad Sabuni pula bagi pihak kerajaan Syria mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada rakyat Syria selama ini.

Menurut beliau, inisiatif B&R akan membawa manfaat kepada negara membangun dan berharap dapat terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang menerusi rangka B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China