Cari:
BRF Berjaya, Cemerlang dan Pragmatik
2017-05-17 11:15:20 CRI Cetak

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan laluan (BRF) yang diadakan baru-baru ini amat berjaya, cemerlang, pragmatik dan berpencapaian tinggi.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam. Menurut beliau, para peserta berpendapat, BRF telah mengumpulkan hasil kerjasama Jalur dan Laluan (B&R), mencapai persepakatan, menjelaskan hala tuju kerjasama antarabangsa pembangunan B&R serta menetapkan matlamat dan pelan tindakan. Forum kali ini menunjukkan isyarat kepada pelbagai pihak agar bersama-sama membina platform kerjasama, penjana pertumbuhan ekonomi dunia dan meningkatkan keyakinan terhadap globalisasi ekonomi. BRF akan membawa pengaruh yang besar dalam sejarah.

Hua Chunying menyatakan, kenyataan bersama yang dicapai oleh Presiden Xi dengan pemimpin 29 buah negara dalam sidang kemuncak meja bulat merangkumi latar belakang zaman, sasaran kerjasama, prinsip kerjasama, tindakan bersama dan prospek pembangunan B&R.

Ini merupakan dokumen multilateral pertama yang menyeluruh, bersistem dan berprestij yang dicapai dalam rangka B&R, sekali gus memperlihatkan persepakatan kerjasama pelbagai pihak serta hasil penting forum kemuncak kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China