Cari:
Rundingan Damai Isu Syria Pusingan ke-6 Diadakan
2017-05-17 13:18:25 CRI Cetak

Rundingan Damai Isu Syria pusingan baharu telah diadakan semalam. Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura telah mengadakan enam kali mesyuarat tertutup dengan delegasi pelbagai pihak secara berasingan.

Namun, tiada sebarang butiran didedahkan selepas mesyuarat tersebut diadakan.

Staffan de Mistura sebelum ini pernah menyatakan bahawa salah satu matlamat rundingan adalah untuk mendorong pelbagai pihak Syria mengadakan rundingan terus.

Menurut beliau, topik rundingan pusingan baharu itu masih "empat kelompok" seperti yang ditentukan sebelum ini, iaitu menubuhkan kerajaan perpaduan, meminda perlembagaan, mengadakan semula pilihan raya, dan memerangi keganasan.

Sebahagian topik tersebut telah dipilih untuk dibincangkan dalam rundingan pusingan kali ini agar dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China