Cari:
Trump Bela Diri Dakwaan Bocor Maklumat
2017-05-17 14:50:20 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam telah membela diri atas dakwaan media yang menuduh beliau membocor maklumat sulit dengan Rusia.

Tegas Trump, beliau mempunyai "kuasa penuh" untuk berkongsi "fakta" dengan Rusia.

Trump dalam akaun Twitternya menyebut, "sebagai Presiden, saya berkuasa penuh untuk berkongsi fakta mengenai usaha memerangi keganasan dan keselamatan penerbangan dengan Rusia."

Sementara itu, beliau turut menyeru Rusia agar terus meningkatkan usaha membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) dan keganasan

Menurut laporan media AS sebelum ini, Trump telah mendedahkan maklumat berkaitan IS kepada Rusia ketika bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan Duta Besar Rusia ke AS, Sergey Kislyak pada minggu lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China