Cari:
AS dan Turki Mahu Pulihkan Hubungan
2017-05-17 11:16:52 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu, di Rumah Putih semalam.

Rundingan tersebut dianggap usaha murni pemimpin kedua-dua negara berkenaan dalam memulihkan hubungan dua hala yang mengalami pergeseran berikutan tindakan AS membekalkan senjata kepada militan Kurdish di wilayah Syria.

Trump, ketika menyampaikan ucapan melalui televisyen selepas rundingan itu berkata, AS dan Turki merupakan negara sekutu selama ini. Kedua-dua negara sentiasa mengekalkan hubungan yang baik.

AS menyokong tindakan Turki membanteras kumpulan pengganas, termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Erdogan pula berkata, usaha untuk terus mengembangkan hubungan Turki-AS amat penting bagi kedua-dua negara.

Beliau melahirkan harapan agar lawatan ini dapat mencipta sejarah baharu demi perkembangan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China