Cari:
China Bakal Tubuh Pusat Data Besar Negara
2017-05-18 14:29:30 CRI Cetak

China akan menubuhkan pusat data besar peringkat negara bagi menggalakkan keterbukaan data awam dan perkongsian rentas jabatan dan kawasan, meningkatkan kecekapan penggunaan data, di samping meningkatkan kawalan keselamatan data Internet, membanteras kebocoran dan penjualan maklumat peribadi.

Demikian dinyatakan Ketua Jurutera Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Zhang Feng dalam persidangan sempena Hari Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2017 semalam.

Berdasarkan penyelidikan, jumlah keseluruhan data di China meningkat lebih 50 peratus setiap tahun dan dijangka akan menduduki 21 peratus daripada jumlah seluruh dunia menjelang tahun 2020.

Zhang berkata, sumber data menjadi unsur yang penting dalam pembangunan sosioekonomi.

Walau bagaimanapun, pelbagai masalah seperti perkongsian dan keterbukaan data yang masih kurang, manakala kawalan keselamatan maklumat pula perlu segera diatasi.

Menurut Zhang Feng, kementerian tersebut akan menggalakkan keterbukaan data dalam bidang perbankan, pengangkutan, perubatan, kesihatan dan peluang pekerjaan, selain menetapkan garis pembangunan data besar bagi menggalakkan pembangunan bersama data besar dan industri pembuatan.

Pada masa yang sama, kementerian tersebut juga akan meningkatkan keselamatan sumber data dalam prosedur pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan keterbukaan, menggalakkan peraturan pengurusan data telekomunikasi dan Internet.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China