Cari:
AS Lantik Peguam Khas Siasat Rusia
2017-05-18 14:52:20 CRI Cetak

Timbalan Setiausaha Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam melantik mantan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Robert Miller sebagai peguam khas untuk mengetuai siasatan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden AS 2016 serta hal-hal berkaitan.

Robert Miller

Menurut kenyataan Jabatan Kehakiman semalam, pelantikan tersebut tidak bermakna pihaknya telah pasti wujudnya unsur-unsur jenayah atau penyiasatan akan berdepan dengan prosedur undang-undang.

Presiden AS, Donald Trump semalam turut mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada kenyataan Jabatan Kehakiman itu bahawa beliau telah berulang kali menegaskan penyiasatan yang menyeluruh akan membuktikan kempen pilihan rayanya tidak berkaitan dengan negara lain.

Beliau berharap keputusan siasatan dapat diumumkan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China