Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Anggota APEC Dijangka Naik 3.8 Peratus
2017-05-18 14:34:40 CRI Cetak

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengeluarkan laporan di Hanoi semalam yang meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi bagi anggota-anggota APEC akan mencatat 3.8 peratus pada tahun 2017 dan 2018, lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi dunia.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi anggota APEC dan ekonomi dunia akan mengekalkan peningkatan dalam jangka masa pendek ekoran kegiatan perdagangan dan pelaburan yang aktif, dasar kewangan China, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi, serta harga barangan yang kian naik.

Walau bagaimanapun, masih wujud banyak unsur yang tidak menentu dalam dasar perdagangan, monetari, dan kewangan yang akan menyekat kegiatan perdagangan dan pelaburan sehingga membawa impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi.

Populasi APEC mencatat 3 bilion, jumlah perdagangannya menduduki separuh daripada jumlah dunia, dan kuantiti ekonomi pertubuhan ini menduduki 60 peratus daripada jumlah global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China