Cari:
Dekati Budaya Minum Teh di Shaanxi
2017-05-18 14:36:59 CRI Cetak

Rombongan wartawan tempatan dan asing yang mengikuti program liputan ke Shaanxi anjuran Radio Antarabangsa China (CRI), menjejak kaki ke kaunti Jingyang, tempat berasalnya Teh Fu baru-baru ini.

Provinsi Shaanxi merupakan pengeluar utama Teh Fu. Sejarah pengeluaran Teh Fu di kaunti Jingyang di tengah-tengah Shaanxi dapat ditelusuri hingga lebih 600 tahun lalu.

Teh Fu, iaitu sejenis teh hitam adalah yang paling awal menggunakan teknik penapaian dalam proses penghasilannya.

Dalam sejarah, Teh Fu Jingyang pernah dijual ke bahagian barat China, serta Rusia dan Asia Tengah melalui Jalan Sutera Purba dan Laluan Teh-Kuda Purba.

Kini, jumlah pengeluaran tahunan Teh Fu di kaunti Jingyang mencatat 20,000 tan dengan nilai output sebanyak RMB2.4 bilion (RM1.51 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China