Kertas putih Perkembangan Industri Perkhidmatan Pandu Arah dan Penentududukan Satelit China 2016 dikeluarkan di Beijing, semalam.
Menurut kerta putih itu, nilai pengeluaran industri perkhidmatan pandu arah dan penentududukan satelit China mencatat RMB211.8 bilion (RM132.9 bilion) pada tahun lalu, meningkat 22.06 peratus berbanding dengan tahun 2015.
Sistem pandu arah satelit Beidou menyumbangkan 70 peratus daripada nilai pengeluaran asas, iaitu sebanyak RMB80.8 bilion yang melibatkan mikrocip, pengiraan, data pandu arah dan kemudahan terminal.