Cari:
Kemalangan Trafik di Dataran Times NY
2017-05-19 14:25:05 CRI Cetak

Kemalangan kereta berlaku di Dataran Times New York, Amerika Syarikat (AS) semalam, mengakibatkan seorang maut, manakala 22 lagi cedera.

Walau bagaimanapun, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dalam sidang media semalam berkata, setakat ini tiada bukti-bukti yang menunjukkan kes tersebut merupakan serangan ganas. Menurut saksi, sebuah kereta Honda melanggar banyak pejalan kaki sebelum berhenti.

Konsul Jeneral China di New York mengeluarkan kenyataan bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa yang maut dalam kes tersebut bukan warga China. Identiti mangsa masih belum didedahkan dan mangsa cedera telah dihantar ke hospital.

Jurucakap White House, Sean Spicer, melalui Twitter memaklumkan, kes tersebut telah dilaporkan kepada Presiden Donald Trump dan pihaknya akan terus memberikan perhatian kepada kerja-kerja siasatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China