Cari:
Pengunjung Muzium di China Catat 900 Juta Setahun
2017-05-19 15:07:37 CRI Cetak

Sebanyak lebih 30 ribu pameran diadakan di muzium-muzium di China setiap tahundan jumlah pengunjung yang melawat ke muzium mencatat kira-kira 900 juta orang.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Warisan Kebudayaan China, Liu Yuzhu dalam majlis perasmian kempen sempena Hari Muzium Antarabangsa semalam. Liu memaklumkan, sehingga akhir tahun 2016, muzium yang berdaftar di China mencatat 4873 buah, meningkat 181 buah berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 4246 buah muzium telah dibuka secara percuma kepada para pengunjung, menduduki 87.1 peratus.

Beliau berkata, muzium telah memainkan peranan penting dalam usaha mewariskan budaya tradisional China, sekali gus mempromosi nilai utama masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China