Cari:
Kabinet Jepun Luluskan Akta Turun Takhta Raja Akihito
2017-05-20 15:02:14 CRI Cetak

Kabinet Jepun semalam meluluskan resolusi tentang akta yang mengkhususkan penurunan takhta Raja Akihito dan menyerahkan akta tersebut kepada parlimen atau Diet untuk dibahaskan. Setelah diluluskan Diet, akta tersebut akan diumumkan dan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

Akta tersebut mengkhususkan penurunan takhta Raja Akihito, namun boleh menjadi kes yang boleh dicontohi pada masa depan.

Pada bulan Ogos tahun 2016, Raja Akihito menyampaikan ucapan video yang menyatakan bahawa beliau susah untuk melaksanakan misi sebagai raja sebab keadaan kesihatan yang kurang baik.

Disebabkan Raja Jepun turun takhta sebelum mangkat tidak pernah berlaku dalam sejarah, hal ini menarik tumpuan masyarakat Jepun dan akhirnya pelbagai parti mencapai persepakatan untuk menetapkan akta khas tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China