Cari:
Rundingan Geneva Pusingan Ke-6 Gagal Berhasil
2017-05-20 14:24:09 CRI Cetak

Rundingan damai Geneva mengenai isu Syria pusingan ke-6 yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berakhir semalam. Namun tiada sebarang dokumen tercapai dalam rundingan kali ini. Utusan khas Setiausaha Agung PBB atas isu Syria, Staffan de Mistura menyatakan bahawa rundingan pusingan seterusnya mungkin akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Beliau dalam sidang akhbar selepas rundingan tersebut berkata, pelbagai pihak telah membincangkan isu yang menjadi perhatian bersama, namun tidak mengadakan perbincangan yang lebih mendalam mengenai topik utama termasuk penubuhan kerjaaan perpaduan, pemindaan perlembagaan, jadual mengadakan semula pilihan raya, dan usaha memerangi keganasan.

Perunding kanan Jawatankuasa Perunding Peringkat Tinggi Puak Pembangkang Syria, Nasr al-Hariri pula berkata, rundingan pusingan kali ini "hampir tidak mencapai sebarang kemajuan", namun pelbagai pihak bersedia mengadakan rundingan untuk menyelesaikan isu Syria melalui kaedah politik di Geneva, ini mempunyai makna yang cukup penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China