Cari:
AS-Arab Saudi Capai Perjanjian Jualan Senjata USD110 B
2017-05-21 14:12:51 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sedang dalam rangka lawatan di Arab Saudi telah menandatangani perjanjian jualan senjata yang bernilai USD110 bilion dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud semalam.

Berdasarkan kenyataan dari Rumah Putih, perjanjian kemudahan dan perkhidmatan ketenteraan tersebut untuk melingdungi keselamatan Arab Saudi dan kawasan Teluk. Perjanjian tersebut juga akan membantu meningkatkan kemampuan Arab Saudi dalam memerangi keganasan di rantau Asia Barat dan mengurangkan beban ketenteraan AS.

Seorang pegawai AS yang enggan mendedahkan namanya memaklumkan bahawa selain perjanjian jualan senjata bernilai USD110 bilion yang segera dikuatkuasakan tersebut, kedua-dua negara itu juga akan mencapai perjanjian jualan senjata yang bernulai USD350 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Trump tiba di Riyadh semalam untuk mengadakan lawatan pertama ke luar negara sejak beliau menjawat Presiden AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China