Cari:
Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC Tumpukan Inovasi dan Kesalinghubungan Serantau
2017-05-21 14:48:16 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Perdagangan ke-23 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) telah diadakan di Hanoi, Vietnam semalam. Topik perbincangan kali ini termasuk cara meningkatkan daya saing dan inovasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta mendorong integrasi ekonomi serantau. Para anggota APEC berpendapat bahawa inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) anjuran China merupakan langkah positif bagi mendorong kesalinghubungan serantau.

 

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dalam majlis perasmian menyeru anggota APEC agar berusaha meningkatkan penggabungan pasaran dan perdagangan, mendorong kerjasama demi kemakmuran yang lebih cemerlang di rantau Asia Pasifik. Beliau berkata, pelbagai anggota APEC di samping menjalankan pembaharuan terhadap mekanisme untuk mendorong pembangunan ekonomi, perlu juga meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknologi, berkongsi pengalaman bagi meningkatkan keberkesanan kerjasama APEC.

Menteri Perdagangan China, Zhong Shan dalam mesyuarat tersebut pula berkata inovasi merupakan tenaga penting dalam mendrong pembangunan dan merupakan langkah penting bagi merealisasikan pembangunan ekonomi yang inklusif dan berterusan. China menyeru entiti ekonomi APEC bersama-sama membina persekitaran inovasi yang lebih baik dan mengekalkan kelebihan inovasi APEC.

Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Alan Bollard menyatakan bahawa inisiatif B&R bukanlah perjanjian perdagangan bebas yang biasa, sebaliknya ia merangkumi program infrastruktur dan kesalinghubungan ekonomi yang selaras dengan matlamat kesalinghubungan APEC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China