Cari:
Hubungan Tanah Besar-Taiwan ke Arah Betul
2017-05-21 14:06:01 CRI Cetak

Wu Den-yih dipilih sebagai Pengerusi parti Kuomintang yang baharu semalam. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, An Fengshan menyatakan bahawa Parti Komunis China (PKC) dan parti Kuomintang mengekalkan dasar politik yang bersama iaitu Persetujuan 1992 dan menentang kemerdekaan Taiwan. Kedua-dua parti ini memperkukuh rasa saling mempercayai dalam politik, menyumbangkan kepada perkembangan hubungan kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan dan membuahkan hasil yang memuaskan.

Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya berharap agar parti Kuomintang yang diketuai oleh pengerusi baharu, dapat terus mengekalkan Persetujuan 1992 dan menentang kemerdekaan Taiwan, meningkatkan dialog dan komunikasi dengan PKC, menggalakkan perkembangan hubungan Tanah Besar dengan Taiwan menuju ke arah yang betul, mengutamakan kepentingan penduduk kedua-dua pihak dan berusaha bersama-sama demi mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China