Cari:
Kerajaan Syria Kuasai Homs
2017-05-22 16:16:46 CRI Cetak

Tentera kerajaan Syria berjaya menguasai keseluruhan Homs, bandar penting di tengah Syria, selepas kumpulan terakhir pemberontak berundur dari bandar itu semalam.

Menurut Gabenor wilayah Homs, Talal al-Barazi, pasukan keselamatan Syria akan ditempatkan di kawasan kediaman di pusat Homs untuk menjamin keselamatan penduduk tempatan. Tentera kerajaan akan terus menghapuskan bahan letupan yang masih ditinggalkan di bandar itu.

Sementara itu, kawasan utara Syria dilanda serangan bom, mengakibatkan berpuluh-puluhan orang terkorban.

Sementara itu, situasi keselamatan di Syria masih tegang. Serangan bom dilaporkan berlaku berhampiran ibu pejabat kumpulan pemberontak, Ahrar al-Sham di wilayah Idlib, utara Syria semalam, yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang terkorban.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Menurut siasatan awal, hanya seorang penyerang yang terlibat dalam serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China