Cari:
China Capai Kemajuan dalam Penjelajahan Kutub Selatan
2017-05-22 14:34:34 CRI Cetak

Mesyuarat Perjanjian Antartika diadakan di China hari ini.

Ketua Pengarah Pejabat Ekspedisi Kawasan Kutub, Jabatan Pentadbiran Lautan Negara (SOA) China, Qin Weijia berkata, China kini memainkan peranan yang lebih penting dalam sistem Perjanjian Antartika yang disertai oleh lebih 40 buah negara. China juga telah menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai negara termasuk AS, Australia dan New Zealand bagi meningkatkan sinergi dalam melindungi alam sekitar di kawasan Kutub Selatan.

Walaupun hanya mempunyai pengalaman selama 33 tahun sahaja dalam penjelajahan Kutub Selatan, namun China telah menubuhkan sebuah pasukan penyelidikan saintifik yang cekap dan holistik pada peringkat awal. Jumlah tesis mengenai penjelajahan Kutub Selatan yang diterbitkan China dalam jurnal saintifik antarabangsa juga menduduki tempat terdepan dunia. Selain itu, China telah membawa balik sebanyak 12 ribu buah meteorit dari Kutub Selatan dan angka ini menduduki tempat ketiga di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China