Cari:
Kapal Kargo Gergasi China Singgah di Pelabuhan Pantai Timur AS
2017-05-22 11:35:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebuah kapal kargo gergasi China tiba di Pelabuhan Savannah, negeri Georgia, pantai timur Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Agensi berita Associated Press (AP) menyifatkan bahawa kapal gergasi itu dapat memuatkan "Patung 'Lady' Liberty, Monumen Washington dan Big Ben Britian yang masing-masing berbaring dan diletak satu demi satu dari atas ke bawah".

Kapal kargo " Cosco Develpoment" yang sepanjang kira-kira 366 meter tersebut, dilaporkan lebih panjang berbanding dengan kapal induk "Gerald Ford" AS yang paling mahal dalam sejarah yang menelan kos pembuatan sebanyak USD12.9 bilion (RM55.7 bilion).

Kapal kargo " Cosco Develpoment" milik China COSCO Shipping Corporation Limited (China COSCO Shipping) yang memulakan pelayarannya dari Hong Kong ini, menjadi kapal paling besar yang melalui Terusan Panama dalam sejarah ketika melalui terusan itu tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China